Kebahagian DIA

Selama ini aku hanya diamkan diri dan melepaskan orang yang aku sayang untuk kebahagian orang lain. Aku sama seperti orang lain, mempunyai perasaan. Tapi orang yang pernah aku sayang dulu, membuat aku menderita. Okay, dia dah pun kahwin. Tapi selama mereka bersama, aku sering disalahkan.. kenapa ? sedangkan ex-boifren aku yang kena rampas tapi aku dengan rela hati melepaskan dia untuk wife dia sekarang. Tapi pernah ke wife dia rasa bersalah dengan aku ? aku tahu bila perkara itu terjadi, bermakna dia bukan JODOH aku. Aku terima dengan rela hati. Aku harapkan selepas ini, "DIA" dan wife dia bahagia. Jangan jadikan aku sebagai BAHAN untuk mereka jadikan suatu pergaduhan lagi selepas ini. Aku bahagia dengan life aku sekarang. Aku ada pengganti "DIA" yang jauh lebih baik daripada "DIA".

Kenapa aku lepaskan "DIA" dengan mudah ? Sebab, aku bukan jenis yang mudah jatuh cinta dengan seseorang itu. Ambil masa yang lama juga untuk wujudkan perasaan sayang, cinta mahupun benci. Selepas putus pun, aku dengan "DIA" masih berkawan tapi hanya KAWAN ! Perasaan sayang ke, cinta ke, langsung tak ada. Semua perasaan itu dah lama mati untuk "DIA". 

Aku nak wife dia bace apa yang aku taipkan ini..

Puan Fiza, saya tiada langsung perasaan dengan suami puan walaupun mungkin kami pernah berkawan dulu. Saya rasa bersyukur sangat puan menjadi isteri kepada suami puan sekarang. Saya nak puan tahu yang saya tidak pernah cintakan suami puan selepas kami berpisah sampailah sekarang. Puan tidak perlu berdendan dengan saya, sebab saya tidak layak bersama suami puan dan hanya puan saja yang layak bersama dan berada disamping suami puan. Saya tidak berdendam pun dengan puan. Jodoh, ajal dan maut telah tertulis sejak azali lagi... :) Suami pun lelaki yang terbaik untuk puan. Dia imam puan sekarang, puan jagalah dia dengan baik. Saya tahu tiada perempuan lain dalam hati dia selain puan seorang. Saya dengan rendah diri, memohon maaf atas segala kesalahan yang mungkin saya lakukan selama saya mengenali puan.


Comments

Popular posts from this blog

Perlu ke ?

Kepercayaan

sOny's user ...