Perlu ke ?
Perlu ke kau seorang perempuan yang sudah bertunang masih melayan lelaki lain? Selain daripada tunang kau dengan mesra? Aku rasa tak perlu kot kau melayan lelaki lain sedangkan kau tahu status kau apa. Kalau kau masih gf orang, aku boleh terima lagi rasanya. Tapi bila perangai kau macam perempuan yang tuttt, aku rasa tak salah sekiranya tunang kau pun melayan perempuan lain seperti kau melayan lelaki lain. Setia apa kau macam tu ? Yang masih tersayang-sayang bagai dengan lelaki lain? Sekiranya kau rasa kau tak mampu nak menahan perasaan kau dari melayan lelaki lain , baik kau tak payah bertunang. Senang cete.
Comments
Post a Comment